HARI LAHIR YANG KE 71 TAHUN UNTUK KASMIRAH BINTI RUSLAN
Pada 5 Mei 1938, lahirlah seorang bayi bernama Kasmirah binti Ruslan di Klang, Selangor. Ibuku berkahwin dengan pasangannya Shahid bin Ibrahim yang berasal di negeri PERAK. ketika usia 16 tahun. Sekarang Ibuku mempunyai 14 org anak (7 lelaki dan 7 perempuan) hasil benih daripada arwah abahku. Anak No 1 - Perempuan, No 2 - Perempuan, No 3 - Perempuan (meninggal semasa kecil), No 4 - Perempuan, No 5 - Perempuan, No 6 - Perempuan, No 7 - Lelaki, No 8 - Lelaki, No 9 - Lelaki, No 10 - Lelaki, No 11 - Perempuan, No 12 - Lelaki, No 13- Lelaki, No 14 - Lelaki (aku lah yang bongsu... hehehe)
Kami sekeluarga x sempat nak celebrate hari jadi nya pada 5hb Mei 2009, lalu kami rancang dan buat majlis ulangtahunnya pada 10 Mei 2009 sempena hari ibu. Kami sekeluarga yang terdiri drp abg, kakak, abg ipar, kakak ipar, isteri aku dan anak saudara sibuk buat persediaan untuk ibuku.. Tetapi kak long dan anaknya berada di Perak, abg ipar sibuk kuar gi terengganu ambil anaknya yg study dkt UITM Terengganu, Kak ipar yg sulung muntah2 dan mabuk plak nak dapat anak yg ke 3. Kalau x lagi meriahkan.,.. sbb umah kecik... nantilah ada rezeki insya'allah x kemana kan.
Makanan terdiri daripada kek, mee kari, ayam goreng, pulut kuning, kari telur, salad buah dan macam2 lagi.. best dan meriah.. salad buah aku dan isteri aku buat lah kan... rajin dia nak tolong aku kan.. hehehehe.. kenyang jugaklah makan kan.... riuh di buat nya umah tu...
Bab hadiah plak.. macam2 mak aku dapat dari pemberian daripada anak, menantu, anak buah iaitu beg bimbit tangan, kek aiskrim, yang paling penting adalah ciuman dari anak2, menantu dan cucu2nya. Tapi aku kesian tgk kakak aku yg skit tu.. dia menangis ....
Sebelum ptg kek kami nyanyikan lagu ibu, slmat hari lahir dan aku pasang lagu ibu melalui hdphone aku.. mak aku menangis... sedih...
kepada ibuku KASMIRAH BINTI RUSLAN di Keramat Jaya dan JALAHA di Kg Bukit Kecil Juru.. anakmu mengucapakan SELAMAT HARI IBU semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan doakan anakmu ini untuk mendapatkan zuriat yang baik.
p/s kalau lagi best arwah bapa aku ada, dialah yang masak untuk ibuku dan keluarga untuk raikan hari jadi ibuku ini... tapi tuhan lebih menyayanginya. xlupa aku doakan kpd arwah bapaku, abg iparku yg telah meninggal dunia. dan diharapkan arwah berada ditempat org-org yg beriman dan soleh hendaknya. Dan x lupa kpd kwn2 ku yang kehilangan ibu tersayang.. aku doakan al-fatihah untuk mereka dan ditempat yang baik2 hendaknya. AMIN
IBU
Ibu.... ibu.....
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
No comments:
Post a Comment