Monday, May 25, 2009

Gelagat di Kuliah

mula kelas hari sabtu, pensyarah modul 8 panggil nama baru aku FARD..
mula2 rasa pelik... takut confuse... FADZLI DAN FARDIL kan sama... bunyinya...
so pensyarah panggil nama baru FARD...
budak2 dah setuju guna nama tu hingga habis belajar..
tapi best jugak kan nama tu.... seronokk jugak..

Discussion group 1 : Group kami the best utk topic "ONLINE CITIBANK".
DG 2 : Hampes.. kami kena marah.. x ikut fakta yg dia nak.. tp serius lah....
AKU RASA BELAJAR NI RASA BEST SANGAT SEBAB DAPAT MEMBER2 YG SPORTING DAN MEMAHAMI TENTANG PERASAAN PEMBELAJARAN UNTUK PROGRAM DIPLOMA NI.. I HOPE ALL MY FRENZ COURS INDUSTRIAL BUSINESS MANAGEMENT DAPAT HABISKAN MODUL HINGGA TAMAT UNTUK DAPATKAN DIPLOMA ...

kawan2 bila nak bagi gmbr yg last.. ambil dekat LINCOLN COLLEGE.. hantar lah cepat2 nak tgk ni.. x sabarlah... untuk kenangan.

Friday, May 15, 2009

Ulangtahun yang ke 31


Tanggal 12 Mei 2009 (Selasa) genaplah usia isteriku ke 31 tahun... aku berikan bunga, hadiah. Sebelah pagi.. aku bawa mak aku gi check-up di HKL.. so far tekanan darah ok lah sikit dan doktor bising sbb x pernah buat ujian darah. So aku telah dibebel oleh doktor kat situ. Dia cakap kalau x buat ujian darah.. doktor x nak chek lagi... kesian mak aku kena marah ngan doktor... tapi aku explain kenapa x dtang.. dia faham.. tapi jgn buat lagi k.. kata doktor.. Sebelah petang kami pergi makan dekat kompleks PKNS BANGI... celebrate birthday wife.. aku makan laksa licin goreng yg selalu dapat di perak...bila makan jer rasa licin jer apabila masuk dekat perut.. huhuhu. wife aku plak dia mkn keow teau hailam.. sedap jugak... harganyanya berpatutanlah...

Pastu jln2 jumpa supermarket BILLION aku ingat dekat penang jer ada rupanya dekat belah2 KL / SELANGOR pun ada...



SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Chorus

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

LIRIK LAGU : IMRAN AJMAIN.. lirik ni maksud mendalam tetapi yang penting sahaja.. yang x penting x payah k... abaikan.. huhuh


Usia 71 tahun sudah ibuku..


HARI LAHIR YANG KE 71 TAHUN UNTUK KASMIRAH BINTI RUSLAN

Pada 5 Mei 1938, lahirlah seorang bayi bernama Kasmirah binti Ruslan di Klang, Selangor. Ibuku berkahwin dengan pasangannya Shahid bin Ibrahim yang berasal di negeri PERAK. ketika usia 16 tahun. Sekarang Ibuku mempunyai 14 org anak (7 lelaki dan 7 perempuan) hasil benih daripada arwah abahku. Anak No 1 - Perempuan, No 2 - Perempuan, No 3 - Perempuan (meninggal semasa kecil), No 4 - Perempuan, No 5 - Perempuan, No 6 - Perempuan, No 7 - Lelaki, No 8 - Lelaki, No 9 - Lelaki, No 10 - Lelaki, No 11 - Perempuan, No 12 - Lelaki, No 13- Lelaki, No 14 - Lelaki (aku lah yang bongsu... hehehe)

Kami sekeluarga x sempat nak celebrate hari jadi nya pada 5hb Mei 2009, lalu kami rancang dan buat majlis ulangtahunnya pada 10 Mei 2009 sempena hari ibu. Kami sekeluarga yang terdiri drp abg, kakak, abg ipar, kakak ipar, isteri aku dan anak saudara sibuk buat persediaan untuk ibuku.. Tetapi kak long dan anaknya berada di Perak, abg ipar sibuk kuar gi terengganu ambil anaknya yg study dkt UITM Terengganu, Kak ipar yg sulung muntah2 dan mabuk plak nak dapat anak yg ke 3. Kalau x lagi meriahkan.,.. sbb umah kecik... nantilah ada rezeki insya'allah x kemana kan.


Makanan terdiri daripada kek, mee kari, ayam goreng, pulut kuning, kari telur, salad buah dan macam2 lagi.. best dan meriah.. salad buah aku dan isteri aku buat lah kan... rajin dia nak tolong aku kan.. hehehehe.. kenyang jugaklah makan kan.... riuh di buat nya umah tu...

Bab hadiah plak.. macam2 mak aku dapat dari pemberian daripada anak, menantu, anak buah iaitu beg bimbit tangan, kek aiskrim, yang paling penting adalah ciuman dari anak2, menantu dan cucu2nya. Tapi aku kesian tgk kakak aku yg skit tu.. dia menangis ....

Sebelum ptg kek kami nyanyikan lagu ibu, slmat hari lahir dan aku pasang lagu ibu melalui hdphone aku.. mak aku menangis... sedih...

kepada ibuku KASMIRAH BINTI RUSLAN di Keramat Jaya dan JALAHA di Kg Bukit Kecil Juru.. anakmu mengucapakan SELAMAT HARI IBU semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan doakan anakmu ini untuk mendapatkan zuriat yang baik.

p/s kalau lagi best arwah bapa aku ada, dialah yang masak untuk ibuku dan keluarga untuk raikan hari jadi ibuku ini... tapi tuhan lebih menyayanginya. xlupa aku doakan kpd arwah bapaku, abg iparku yg telah meninggal dunia. dan diharapkan arwah berada ditempat org-org yg beriman dan soleh hendaknya. Dan x lupa kpd kwn2 ku yang kehilangan ibu tersayang.. aku doakan al-fatihah untuk mereka dan ditempat yang baik2 hendaknya. AMIN



IBU

Ibu.... ibu.....
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu